"Keselamatan Komuniti, Tanggungjawab Kami"
Premech Solutions (002658771-M) ditubuhkan pada tahun 2017 dengan visi untuk menjadi peneraju dalam perkhidmatan kawalan haiwan yang profesional dan berkesan di Malaysia. Bermula dengan operasi kecil yang memberi tumpuan kepada kawalan anjing liar, syarikat ini berkembang hasil daripada kepakaran teknik penangkapan yang selamat dan penggunaan peralatan moden.
Kami berjaya memperoleh kontrak utama dengan pihak berkuasa tempatan seperti MBSJ, MPKS dan Perbadanan Putrajaya. Selain itu, kami diamanahkan oleh lima universiti utama iaitu UNITEN, MMU Cyberjaya, UNISEL, MSU, dan KUIS serta 8 resort terkemuka (termasuk The Dusun & Tanarimba) untuk memastikan persekitaran mereka bebas ancaman haiwan liar.
Dipercayai Oleh Pihak Berkuasa & Swasta
Menjadi syarikat terunggul dalam kawalan haiwan dengan pendekatan profesional dan berkesan di seluruh Malaysia.
Menangkap dan menguruskan anjing liar dengan teknik yang selamat dan berkesan tanpa pencederaan.
Penyelesaian profesional bagi mengawal tikus, lipas, dan pelbagai jenis serangga yang mengganggu premis.
Menangani konflik manusia dan hidupan liar (monyet, biawak, ular, gagak) dengan kaedah konservasi mesra alam.
Membekalkan sangkar dan perangkap berkualiti tinggi yang boleh disesuaikan untuk anjing, kucing, tikus, dan hidupan liar.
Menyediakan ubat-ubatan untuk rawatan kesihatan haiwan, vaksinasi, dan kawalan parasit demi kebajikan haiwan.
Membekal pelbagai racun serangga berkesan untuk industri, komersial, dan perumahan.
Program membasmi jentik-jentik dan semburan fogging untuk halang penyebaran denggi dan malaria.
Memberi khidmat nasihat dan perancangan strategi kawalan haiwan kepada PBT dan industri swasta.
Beroperasi sejak 2017, berkhidmat dengan PBT, institusi swasta, dan industri hospitaliti dengan pengurusan operasi berskala besar.
Tangkapan terancang memastikan tekanan minimum dan tiada kecederaan, patuh Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Dilengkapi kenderaan 4x4 khas, jaring tangkap inovatif, PPE penuh, serta pemantauan komunikasi (Walkie-talkie & Bodycam).
Operasi mengikut garis panduan Jabatan Veterinar Malaysia dan PBT sepenuhnya.
Anjing Liar Ditangkap
Secara beretika dan selamat di kawasan berisiko tinggi.
Premis Komersial
Pengurusan perosak berkala yang berjaya diselesaikan.
Hotel & Resort Utama
Hospitaliti mewah yang bebas ancaman haiwan liar.
Universiti Swasta
Kampus selamat di bawah penyelenggaraan berterusan kami.
Pasukan kami dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi dan kenderaan khas untuk menjalankan operasi yang pantas, berkesan, dan mematuhi SOP keselamatan.
Alat profesional tangkap dengan selamat
Baju tahan gigitan, but & sarung tangan
Frekuensi tinggi untuk operasi besar
Body cam & dash cam untuk bukti pematuhan SOP
Pakar dalam teknik penangkapan anjing liar dengan strategi berkesan dan selamat.
Memastikan proses operasi mengikut standard kebajikan PBT secara beretika.
Mengurus konflik monyet, ular, biawak dengan pendekatan saintifik & mitigasi.
Pembangunan dan penyelenggaraan perangkap haiwan berteknologi tinggi.
Analisis dan strategi basmi serangga (tikus, lipas, nyamuk) dengan selamat.
Berdaftar, memantau kesihatan haiwan tangkapan serta membekal ubat & rawatan.
SSM
MOF (Kementerian Kewangan)
Taraf Bumiputera
UPEN Selangor
Jabatan Veterinar